Ahad, 29 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN & SALAM KEMERDEKAAN 2009

Salam Buat Semua Sahabat Jazim ...

Sedar tak sedar kita dah pun seminggu menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak buat semua sahabat. Kebetulan pada tahun ini, negara kita menyambut kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan. Jadi perbanyakkanlah kesyukuran kita kepada Allah agar nikmat keamanan dan kesejahteraan negara kita akan terus kekal. Nikmat lain yang boleh kita renung pada bulan kemerdekaan dalam konteks kita berada di dalam bulan Ramadhan ialah nikmat kebebasan beribadat.Di Malaysia yang aman ini, semua rakyat tidak kira agama dan bangsa bebas melakukan amal ibadat dan kepercayaan masing-masing dengan rasa aman dan tenang tanpa diganggu oleh anasir-anasir yang boleh mengganggu gugat negara kita. Ini sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM kita. Cuma kita janganlah alpa kerana sahabat-sahabat kita yang berada di Palestin, Afghanistan, Selatan Thailand, Iraq, Iran dan beberapa negara lain terpaksa melakukan Ibadah dengan perasaan risau dan bimbang kerana negara mereka dihujani dengan peluru dan bom yang boleh meledak pada bia-bila masa sahaja.Jika dilihat di Palestin, bagaimana umat Islam mendirikan solat di masjid sambil dikawal rapat oleh tentera Yahudi Laknatullah yang siap bersenjata. Di Malaysia ia tak berlaku. jadi bersama kita merafakkan kesyukuran atas nikmat pinjaman Allah kepada kita semua rakyat Malaysia.


Aktiviti Jazim di bulan Ramadhan agak berkurangan. Walaubagaimanapun terdapat ahli-ahli sahabat yang aktif berdakwah di luar sana sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya selaku Pengarah Urusan Jazim mengucapkan syukur, tahniah, gembira dan memberi sokongan yang pada ini dalam usaha kita memartabatkan ajaran Islam. Saya juga dijemput untuk terlibat dengan Program Taqarrub Ramadhan Negeri Melaka sebagai penceramah di masjid-masjid dan agensi-agensi kerajaan seluruh Melaka.Terdapat lebih 15 jemputan yang perlu saya penuhi demi mengembangkan syiar Islam dan amal ibadat kita sepanjang Ramadhan ini. Saya juga difahamkan sahabat kita, Ust Hizudin dan Ust Zulhilmi jugs sibuk terlibat dengan Taqarrub Ramadhan setiap malam di Akademi JPJ Melaka. Tak lupa juga kepada sahabat kita Hafiz Jawa yang betindak selaku imam di tempatnya. Doa dan harapan kita semua segala amal ibadat dan usaha kita ini diberkati Allah.


Sekadar makluman awal, Jazim Motivation Group dengan kerjasama Kelab Sahabat Jazim dan Pusat Akademik Jazim akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa ( Iftar Jamaie ) seperti tahun-tahun yang lalu. Projek kali ini akan dikendalikan oleh Sahabat kita iaitu Mohd Azri Md Yatim ( Ayie ).Pada awalnya persetujuan telah dicapai untuk adakan majlis pada 5 September tetapi ditangguhkan atas sebab ramai ahli sahabat yang tidak dapat pulang ke kampung. Jadi, tarikh baru yang bakal diadakan pada 18 September 2009 dan bakal diadakan di Restoran Tomyam Klassik Melaka (Restoran Terapung Atas Air).Dengar cerita banyak acara menarik yang akan diaturkan memandangkan tarikh itu juga sudah hampir dengan Aidilfitri. Mungkin boleh disekalikan dengan acara di ambang Syawal. Maklumat lain seperti bayaran dan sebagainya akan dimaklumkan oleh chif program kita iaitu sahabatAyie. Doa dan harapan saya agar majlis ini akan berjalan lancar dan semua ahli sahabat dapat turut serta terutamanya yang tinggal Melaka.Jika tahun lepas kita dapat mengumpulkan seramai 40 orang, kali ini sasaran pihak pengurusan untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 - 60 orang yang terdiri daripada semua staff Jazim, ahli Kelab Sahabat Jazim, Barisan Fasilitator Jazim, Guru-Guru di Pusat Akademik Jazim, Bekas-Bekas Ahli Jazim (Orang Lama), Ahli Jazim yang dah kahwin, dan juga wakil daripada RKSK JKMM.Saya yakin sahabat Ayie mampu menjalankan amanah ini dengan baik dan program kali ini lebih hebat daripada program yang pernah diadakan InsyaAllah.


Setakat ini sahaja dahulu. InsyaAllah saya akan berikan info-info terkini pada sahabat untuk masa-masa yang akan datang. skali lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Akhir kata, salam ramadhan untuk semua. wassalam........

MINGGU AKTIVITI JAZIM BERSAMA MASYARAKAT 2008

Assalamualaikum Semua.......

Pertama sekali pihak jazim ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana inilah kali pertama berita jazim dapat dipaparkan dalam blog jazim ini. Walaupun blog ini dah lama ader tapi ini berita atau perkembangan pertama dimasukkan untuk tatapan pembaca sekalian.

Pada 22 Mei hingga 25 Mei yang lalu, JMG dengan kerjasama Pusat Qiraati & Tuisyen Jazim telah mengadakan minggu aktiviti Jazim bersama masyarakat setempat khususnya ibu bapa dan para pelajar yang belajar di Pusat Tuisyen Jazim. Minggu ini telah diisikan dengan pelbagai bentuk program yang menarik merangkumi aktiviti ilmiah, kerohanian, fizikal dan juga kemahiran belajar. Dimulai dengan Seminar Penghayatan Al-Quran Rasm Uthmani Siri Pertama telah diadakan di Dewan Pusat Tuisyen Jazim pada 22 Mei bermula jam 9 malam hingga 11 malam. Terdapat seramai 50 orang peserta telah hadir terdiri daripada para pelajar tahsin al-Quran dewasa dan juga masyarakat setempat yang berminat dengan seminar ini. ia juga telah dikendalikan sendiri oleh Pengarah Urusan JMG iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadly Bin Samin yang juga merupakan panel penceramah bahagian pembangunan unit Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka. Seminar ini banyak membincangkan tentang perkara dasar berkaitan kitabullah dan wahyu Allah ini seperti pengertian Al-Quran, nuzul al-Quran, proses pengumpulan sehingga ia dinamakan rasm uthmani. rata-rata peserta memberikan tumpuan yang baik terhadap seminar yang dipengerusikan oleh Ustaz Hafiz.

Seterusnya pada petang Jumaat telah diadakan program perkongsian pintar bersama pelajar cemerlang yang dijemput khas dari SMK Sains Muzaffar Syah. Dewan di Pusat Tuisyen Jazim yang boleh memuatkan sehingga 80 orang penuh diisi dengan kehadiran pelajar PMR dan SPM bagi berkongsi ilmu dan rahsia untuk berjaya sehingga cemerlang. Program ini juga diisi dengan slot muhasabah diri yang mana para pelajar dibawa menerokai jiwa dan sanubari untuk melihat diri yang sebenar sehingga sebahagian peserta mengalirkan air mata. Ia telah dikendalikan oleh fasilitator dari JMG dengan diketuai oleh Ustaz Fadly.

Sebelah malam pula, Majlis Thilawah Al-Quran dan Hafazan telah diadakan bagi menguji sejauh mana pencapaian pelajar dalam membaca al-quran mengikut hukum tajwid yang telah diajar disini. seramai 16 orang peserta telah bertanding dalam kedua-dua kategori ini dan mendapat sambutan yang luar biasa apabila kesemua pelajar qiraati al-quran hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menyertai pertandingan.

Pada pagi sabtunya pula telah diadakan bengkel kemahiran belajar untuk pelajar UPSR. Sekali lagi dewan Jazim penuh hingga tidak muat dan terpaksa menambah kerusi ke dalam dewan bagi memuatkan para peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4 / 5 / 6. bengkel ini telah dikendalikan oleh Pengurus Eksekutif jazim iaitu Encik Hizudin Asuad Bin Ahmad. Program ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir dengan ceramah motivasi belajar yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadly bin Samin kira-kira 12.30 t/hari. Sebelah petang pula giliran pelajar pmr dan spm untuk hadir ke bengkel kemahiran belajar yang juga dikendalikan oleh Encik Hizudin Asuad Ahmad. Kehadiran para pelajar juga amat memuaskan dan boleh dianggap berjaya kerana rata-rata pelajar rasa bertuah kerana banyak input yang telah diperolehi terutamanya berkaitan teknik belajar yang betul yang mana ia banyak membantu meningkatkan prestasi pelajar pada masa akan datang.

Pada hari terakhir iaitu hari Ahad telah diadakan karnival sukan yang telah diadakan di padang Kompleks Japerun Ayer Molek Melaka. Pihak JMG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Yunus dan juga Encik Syukri kerana memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar. Program pada pagi Ahad itu telah dimulakan dengan acara senamrobik atau lebih dikenali dengan senam seni. seramai kira-kira 100 penduduk Ayer Molek telah turun untuk bersenamrobik bersama warga dan Staf JMG. Ia telah dikendalikan oleh Encik Mohd Azri Md Yatim dari UITM Bandar Melaka. Rata-rata peserta terlalu gembira dengan pelbagai bentuk dan gaya senam yang telah dibuat pada pagi tu. Paling tak lupa tarian poco-poco yang amat popular sekarang. Bukan main orang Ayer Molek bergelek dan menari sehingga keluar peluh-peluh.

Selepas itu disusuli dengan pertandingan futsal. Terdapat 8 pasukan bertanding dan pemenang utamanya pasukan budak nakal fc. terdapat juga bakat-bakat kecil yang bagus untuk diketengahkan. Disamping itu, pertandingan mewarna dijalankan serentak di dalam khemah urusetia. Terdapat 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1 / 2 / 3 telah menyertainya. Pagi itu digamatkan lagi dengan acara tendangan beckham dan balingan maut. Makcik-makcik dan kakak-kakak tak melepaskan peluang. Semua turun padang. Makin lama makin ramai penduduk Ayer Molek turun ke Kompleks Japerun Ayer Molek nie ..... Program diberhentikan seketika pada sebelah tengahari dan disambung pada jam 2.30 petang.

Ia dimulakan dengan acara sukaneka. wow... memang best apabila acara yang dibuat memang tak pernah dibuat orang. Antaranya acara lari dalam plastik, makan roti burger tanpa tangan, cari duit dalam tepung berair dan kerusi beracun. Maka tergelak dan pecah perut orang air molek melihat gelagat adik-adik dan ibu bapa yang mnyertainya. Erm...... program pada hari Ahad itu diakhiri dengan penyampaian hadiah dan ucapan perasmian penutup oleh al-fadhil Ustaz Mohd Fadly Bin Samin yang merupakan Pengarah Urusan JMG. Paling menyeronokkan sorang kakak tu yang menyertai teka bilangan biji kacang telah berjaya dan membawa pulang peralatan tambahan komputer seperti printer berjenama canon, multimedia keabord, web camera, headphone, optical 3d mouse dan mouse pad bernilai lebih rm 300.00.

Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan berjaya walaupun memenatkan. Apapun pujian perlu diberikan kepada semua ajk yang telah menjayakan minggu aktiviti jazim ini. Terbaru, jazim akan melancarkan satu lagi aktiviti berbentuk fizikal dan keagamaan iaitu Kem Anak Soleh dan Khemah Ibadah yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam. Semoga perancangan berikutnya akan mencapai sasaran demi memartabatkan ilmu dan generasi kini tidak buta al-Quran. Terima kasih sekali lagi buat semua penduduk Air Molek, kita jumpa lagi pada tahun akan datang ....... Wassalam ....